Monday, December 28, 2009

Lawatan Ke Kilang ECPI Water

Posted by AGSystemBlog at 12:52 AM
Pada 13/12/2009 hari Ahad, Saya telah diberi peluang melawat Kilang Penghasilan Minuman Kesihatan ECPI yang terletak di Merlimau Melaka bersama-sama Ahli & juga Pengedar ECPI dari seluruh Malaysia.




Kelihatan sebahagian Ahli/Pengedar berada di pintu masuk ke Kilang ECPI Water sambil meninjau-ninjau ke dalam kilang untuk melihat dengan kepala mereka sendiri macamana cara-cara air ECPI diproses.




Ini adalah sebahagian Alat Penapis, Tangki Tangkungan dan Alatan Berteknologi Tinggi yang digunakan.




Pegawai Operasi Kilang sedang memberi penerangan kepada Ahli/Pengedar tentang penghasilan air ECPI dari peringkat awal hingga dibotolkan.




Air ECPI yang telah siap dibotolkan akan di hantar ke bahagian pembungkusan dan seterusnya akan disimpan ke dalam stor sebelum di hantarkan kepada para pengedar ECPI yang berdaftar mengikut pesanan yang telah dibuat.




Ahli/Pengedar sedang menjamu selera yang telah disediakan oleh pihak kilang sambil mendengar taklimat berguna yang disampaikan oleh Emeritus Prof. Dr. Sir Haji Amir Hamzah Abdul Hamid iaitu Pengasas Produk ECPI.





Walaupun sentiasa sibuk dengan urusan harian Emeritus Prof. Dr. Sir Haji Amir Hamzah Abdul Hamid (Pengasas ECPI) dari depan nombor 3 kekiri sanggup meluangkan masa turun padang bagi meraikan kehadiran Ahli/Pengedar dan beliau juga merupakan seorang yang ramah dan mudah mesra.




Kumpulan kami rombongan dari Terengganu mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan Bersama Pengasas Produk ECPI
Dari Kiri: Abg. Lie, Uncle Teo Chong Sang, Haji Mat Amin, Emeritus Prof. Dr. Sir Haji Amir Hamzah Abdul Hamid (Pengasas ECPI), Mohd Rushlim Haji Razali.

2 comments:

cass on June 11, 2016 at 2:57 PM said...

Nak tahu lanjut ttg professor dan air ni contact aku...sbb aku bekas staff syarikat ni...

Unknown on October 27, 2016 at 7:07 PM said...

sebab dia ni kuat membongak...btul?

Post a Comment

 

ZON ECPI Copyright © 061209 :x: Zon ECPI Merupakan Personal Blog :x: